#Malam tadi, telah berlangsung majlis berinai Nad yang turut dihadiri oleh rakan terdekat dan ramai rakan artis seperti Jihan Muse, Marsha Milan, Anzalna, Siti Saleha, Sherry Alhadad dan ramai lagi.
#Melihat pada gambar dikongsikan, Nad yang memilih tema tradisional nampak manis mengenakan kebaya manakala, rakan-rakan artis lain mengenakan baju kurung.
Pelakon Kampung Girl ini bakal diijab kabulkan dengan Faliq selepas solat Jumaat di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam.
Difahamkan, pasangan ini menolak sebarang tajaan besar kecuali pakaian dan solekan oleh Alha Alfa.
Jom saksikan gambar di sekitar majlis berinai Nad Zainal. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment