Bağlantılar

Thursday, 17 December 2015

Saya Tak Kisah Orang Nak Hina Saya, Tapi Jangan Kutuk Anak Saya

Hanya mengetahui tentang bakat anaknya, Naira Mikayla berlakon dalam satu video klip baru-baru ini, Nabil Ahmad menyatakan bahawa dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang mendatangkan keburukan

“Tak sangka pula Mika rupa-rupanya boleh beraksi dengan baik di hadapan kamera#.* Ketika penggambaran tempoh hari, dia ikut apa yang saya suruh buat#.* Saya suruh dia menari, dia menari#.* Bagi saya, Mika memberi kerjasama yang baik dan saya rasa lega”

“Saya tidak kisah anak saya terlibat dengan aktiviti seni#.* Sebabnya saya mahu dia membiasakan diri dengan dunia saya#.* Biar dia faham#.* Sebab kadang-kadang apabila saya keluar sekeluarga, Mika rasa diabaikan bila ada peminat-peminat yang mahu bergambar dengan saya”

“Jadi, apabila dia mula terlibat dengan dunia glamor macam ini, sekurang-kurangnya dia boleh memahami situasi dan karier saya#.* Selain itu, saya juga melihat perubahan lain dalam diri Mika, dia tidak lagi malu-malu#.* Kalau dahulu, hendak bergambar seisi keluarga pun susah sebab dia suka menyorok,” jelas Nabil kepada portal Tonton Extra#.*

Bagaimanapun menurut Nabil, dia tidak akan menghalang anaknya untuk menceburi tawaran lain yang dirasakan bersesuaian namun dalam masa yang sama, masih tetap akan menjaga pendidikan anak-anaknya agar tidak terabai#.*

0 comments:

Post a Comment

Design by araba-cı | MoneyGenerator Blogger Template by Berita | Distributed by : Astro berita