Astro Channel

Bağlantılar

Sunday, 20 December 2015

Jamal Abdillah Mohon Maaf Kepada Nabil

Setelah selamat bergelar suami isteri yang sah pada November lalu, hari ini telah berlangsung majlis resepsi Mila Jirin dan suami, Isz Mustapha di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang yang diadakan dengan penuh meriah sekali.


Selepas majlis resepsi ini, sebuah majlis untuk meraikan rakan media akan turut diadakan di Subang Jaya, Selangor pada Januari nanti. Selain itu, sebelum ini juga Mila pernah menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah bersama suami selepas berkahwin.
“Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi. Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang”

“Bagaimanapun, sebelum ke Turki, saya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu,” jelas penyanyi ini kepada portal mStar Online.
Apa pun, semoga segala perkara yang dilakukan pasangan ini akan dipermudahkan selain dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan bersama anda gambar sepanjang majlis persandingan berlangsung. (rtky/s)

Thursday, 17 December 2015

Saya Tak Kisah Orang Nak Hina Saya, Tapi Jangan Kutuk Anak Saya

Hanya mengetahui tentang bakat anaknya, Naira Mikayla berlakon dalam satu video klip baru-baru ini, Nabil Ahmad menyatakan bahawa dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang mendatangkan keburukan

“Tak sangka pula Mika rupa-rupanya boleh beraksi dengan baik di hadapan kamera#.* Ketika penggambaran tempoh hari, dia ikut apa yang saya suruh buat#.* Saya suruh dia menari, dia menari#.* Bagi saya, Mika memberi kerjasama yang baik dan saya rasa lega”

“Saya tidak kisah anak saya terlibat dengan aktiviti seni#.* Sebabnya saya mahu dia membiasakan diri dengan dunia saya#.* Biar dia faham#.* Sebab kadang-kadang apabila saya keluar sekeluarga, Mika rasa diabaikan bila ada peminat-peminat yang mahu bergambar dengan saya”

“Jadi, apabila dia mula terlibat dengan dunia glamor macam ini, sekurang-kurangnya dia boleh memahami situasi dan karier saya#.* Selain itu, saya juga melihat perubahan lain dalam diri Mika, dia tidak lagi malu-malu#.* Kalau dahulu, hendak bergambar seisi keluarga pun susah sebab dia suka menyorok,” jelas Nabil kepada portal Tonton Extra#.*

Bagaimanapun menurut Nabil, dia tidak akan menghalang anaknya untuk menceburi tawaran lain yang dirasakan bersesuaian namun dalam masa yang sama, masih tetap akan menjaga pendidikan anak-anaknya agar tidak terabai#.*

Seram Sejuk! 3 Gambar Kelibat Muncul Dalam Majlis Tunang Nad Zainal!


#Malam tadi, telah berlangsung majlis berinai Nad yang turut dihadiri oleh rakan terdekat dan ramai rakan artis seperti Jihan Muse, Marsha Milan, Anzalna, Siti Saleha, Sherry Alhadad dan ramai lagi.


#Melihat pada gambar dikongsikan, Nad yang memilih tema tradisional nampak manis mengenakan kebaya manakala, rakan-rakan artis lain mengenakan baju kurung.

Pelakon Kampung Girl ini bakal diijab kabulkan dengan Faliq selepas solat Jumaat di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam.


Difahamkan, pasangan ini menolak sebarang tajaan besar kecuali pakaian dan solekan oleh Alha Alfa.

Jom saksikan gambar di sekitar majlis berinai Nad Zainal. – MYNEWSHUB.CC


Design by araba-cı | MoneyGenerator Blogger Template by Berita | Distributed by : Astro berita